Pages

Saturday, November 26, 2011

Malaysia Air Festival 2011

 
 Sejak semalam lagi Mr. Mama dah bagi hint nak ke sini..maka pagi-pagilagi kami dah bersiap-siap nak ke sana.... Acara ni sempena sambutan 100 tahun penerbangan di Malaysia..... Ada banyak acara sebenarnya cuma kami tak berkesempatan je nak tgk semua..ada booth jugak kat dalam terminal di Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz, Subang. Tiket Masuk RM 10 utk dewasa..kanak-kanak tak pasti pulak memandangkan Mr. Mama dapat tiket free sebagai staf DCA.
abg yun dgn bunting event


Antara yang ada ialah Pameran Statik pesawat...
aliah dalam SSC

posing 3 beranak

 antara pesawat yang ade....ada jugak Joy Rides guna heli...agak mahal gak bayarannya, RM 130 utk 10 minit... kami tgk jelah..memandangkan mahal dan tak berbaloi....ada jugak acara payung terjun @ parajump..tapi x terjun-terjun pun..mungkin sebab angin kuat..ni kalau ade tok papa, mesti dia suka...acara dia nih...

 heli untuk Joy Rides....

Yang pameran statik ni dibuat di sebelah terminal, Skypark Subang....


muka-muka yang kepenatan......

anak bujang den....

mamanya yang dah letih....

 best jugak bawak anak-anak ke mari....kalau berkesempatan, moh le ke sana yer....jgn lupa bawak payung skali..paneh weh!   harini dan esok jer acara nih.....tiket boleh beli dalam terminal...ada kaunter kat situ...

Salam Maal Hijrah 1433 H

Sedar tak sedar, cepatnya masa berlalu.... memandangkan dah lepas asar, jangan lupa kita membaca Doa Akhir Tahun seperti di bawah.Ia dibaca 3 kali pada akhir waktu Asar atau sebelum waktu maghrib. ( berjaya memperoleh doa dengan tulisan yang terang dan jelas. kredit kepada tuan tanahnya).. sejak kecik lagi opah selalu ingatkan tentang amalan ini....

DOA AKHIR TAHUN


sumber: di sini

MAKSUDNYA:
Segala pujian bagi Allah Tuhan semesta alam. Selawat dan salam  kepada junjungan Rasul dan kepada keluarganya dan para sahabat sekalian. Ya Allah, apa yang telah kami lakukan sepanjang tahun ini dari apa yang Engkau larang kami daripadanya, maka tidak sempat kami bertaubat darinya dan Engkau tidak meredhainya dan tidak Engkau melupainya dan Engkau berlemah lembut kepada kami walaupun Engkau memberi peluang supaya kami bertaubat setelah kami melakukan maksiat kepada Engkau, maka sesungguhnya kami memohon keampunan Engkau, maka ampunilah kami. Apa yang kami lakukan padanya dari apa yang Engkau redhainya dan Engkau telah menjanjikan kami ganjaran pahala keatasnya, maka kami memohon akan Dikau wahai Tuhan Yang Maha Mulia yang mempunyai kebesaran dan kemuliaan semoga Engkau menerima kami dan janganlah Engkau memutuskan harapan kami dari kurnia Engkau wahai Tuhan Yang Mulia. Moga-moga Allah S.W.T mencucuri rahmat dan sejahtera kepada junjungan kami Nabi Muhammad, ahli keluarga dan sahabat-sahabat sekalian. Segala pujian bagi Allah, Tuhan sekalian alam.

selepas Maghrib pulak, kita perlu membaca Doa Awal Tahun, juga sebanyak 3 kali....

DOA AWAL TAHUN

Maksudnya:

Segala pujian bagi Allah Tuhan semesta alam. Selawat dan salam kepada junjungan Rasul dan kepada keluarganya dan para sahabat sekalian. Ya Allah, Engkaulah Yang Kekal, Qadim lagi azali dan di atas kelebihan Engkau Yang Besar dan kemurahan-Mu yang melimpah dan ini adalah tahun baru yang sesungguhnya telah mendatangi kami, kami memohon kepada Engkau pemeliharaan padanya daripada syaitan yang direjam, pembantu-pembantunya dan tentera-tenteranya dan kami memohon pertolongan dari nafsu yang banyak mendorong kepada kejahatan dan kami memohon kepada-Mu untuk melakukan sebarang pekerjaan yang boleh mendekatkan diri kami kepada-Mu. Ya Allah, Tuhan yang merubah segala keadaan, ubahlah keadaan kami kepada sebaik-baik keadaan dengan kekuasaan dan kurnian-Mu wahai Tuhan Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang. Moga-moga Allah S.W.T mencucuri rahmat dan sejahtera kepada junjungan kami Nabi Muhammad, ahli keluarga dan sahabat-sahabat sekalian. Segala puji bagi Allah, Tuhan sekalian alam. Semoga Allah menerima doa kita semua.
Nota:
* Doa dipetik dari: Surah Yasin, Tahlil dan Doa, Terbitan Abad Sinergi Sdn Bhd, Cetakkan Kedua Disember 2009

Salam Maal Hijrah buat semua....moga Allah mempermudahkan segala urusan kita pada hari-hari mendatang...Ameen....

Wednesday, September 7, 2011

Wednesday Blues...

from Google



hahaha..ader ke?selalunya yg penah dengar Monday Blues..so I need something to cheer me up!sebab tu ade gambo bunga kat atas yer... :) .. tapi bagi aku..minggu ni minggu yang blues kot... semedang tak dak mood..... nasib ari ni kelas tak penuh.... Jumaat nih Majlis Khatam Quran dan Jamuan Raya kat scul... x dak mood utk masak pape...en hubby siap suh order lagi....maka aku pun order je kat kantin..macam nak wat speghetti kat budak-budak....tapi mim besar(dibaca: Malas)... ingat nak wat gak something for them... jelly/pudding/ tengok la.... esok jadual ku penuh......moga ari esok lebih baik dari arini.... ameen....

Monday, September 5, 2011

SALAM AIDILFITRI 1432 H

Selamat Hari Raya, maaf zahir dan batin dari kami sekeluarga...... tahun ni beraya di Ipoh dulu....dengan opah dan wan....tema tahun ni biru....

dapatlah aliah dan amirul beraya dengan sepupu sepapatnya- iman dan haris....first time ni deme raya bersama weh.....seperti biasa..aliah nengok ke lain.....

me and my sis bergambo ngan opah dan wan....moga opah dan wan sentiasa sihat dan panjang umur untuk lihat cicit-cicit membesar.......ameen..... (maaf:saiz gambar agak kecil sebab amik dari FB)

agak berzaman tidak update blog ini.....kalut dengan urusan-urusan kerja-rumah-dan ntahpapantah lagik....

nak kongsi ilmu yang dikutip dari Ustaz Dr. Zahazan pagi tadi di MHI...tips utk khatam quran dalam 3 bulan... 1 juzuk ada dalam lebih kurang 10 ms...30 juzuk = 300 ms (lebih kurang),  untuk kita khatamkan dalam 3 bulan... maknanya, dalam sebulan 100 ms. Katakanlah dalam sebulan kita ada 20 hari yang produktif...sehari kita baca dalam 5 ms....sehari pulak kita solat 5 waktu sehari semalam.... maknanya..kita perlu baca dalam 1-2 ms quran setiap kali selepas solat fardhu...insya Allah boleh khatam dalam 3 bulan sekali....terasa berkobar pulak...yang pasti kena ada istiqamah....Jom kita pakat cuba ramai2....rasanya lebih kurang itu yang dikongsi oleh Ustaz Zahazan..kalau tersilap kira, salah saya ler tuh.... sempena 7 Syawal ni..mari kita pakat-pakat jugak puasa 6...pahalanya ibarat kita berpuasa setahun.....bagi yang perlu qada' puasa..ayuh kita sama-sama ambil kesempatan ni....mudahan ruh Ramadhan masih bersisa dalam hati-hati kita....moga Allah berkati segala usaha dan amal kita..ameen...

Tuesday, February 15, 2011

MAHER ZAIN

Dah lama nak buat entry nih... tapi tak sempat... maher zain pun sampai dah balik sweden... biasanya dengar lagu-lagu dia kat Ikim Fm masa nak pi sekolah....tak de la nak amik tau sangat pasat mamat nih.... tapi suka sangat lagu 'Barakallah'...ala-ala meriah gitu....

nak jadi cerita, one of my colleague, en khairul did ask me bout him...since gamaknya aku nih ala-ala islamic person...(muka mcm dok melayan nasyid gamaknye) dia tanya sama ada aku dah beli cd maher zain... jawab le belum lagi...kebetulan dia ada dalam kereta, terus bawak keluar dan tunjuk...kebetulan kitaorang buat potluck masing-masing...i insist suruh pasang cd itu....menarik gak la... he did mention that his son become the big fan of Maher Zain...asal naik kereta jer mintak pasang lagu tuh....in such in deed macam tarbiah jugak la kat anak-anak...maka aku pun terpanggil untuk kaedah itu...asyik dok dengar lagu ntah pape ntah..baiklah lagu ada unsur ketuhanan, kesedaran dan kemanusian....


ghalit dgn video klip insya allah....



cd yg mesti ada dlm keta..trak no 8 sentiasa jadi pilihan..


dan sekarang, setiap kali naik kereta, abang yun akan mintak pasang cd maher zain...his fav songs are Insya Allah and Barakallah... Aliah pun sama....kalau dengar lagu Maher Zain jer terus alert..tak kira kat radio atau tv (esp ch Oasis)..si abang akan melompat-lompat dan adik akan bergoyang-goyang....kalau kat Oasis, abang yun akan tunggu setiapkali azan...then ada sedikit tazkirah atahu zikir..pas tu dia tahu akan ada video klip Maher Zain...normally lagu Insya Allah atau Palestine will be free... tapi kadang-kadang bukan Maher zain, tapi Samy Yusuff...so he's a bit dissappointed... btw, cd tuh beli kat speedy,Alamanda...together with my sis, dewi and cousin, ida...

** entry nih agak lama di peram....Maher zain pun dah nak datang Mesia 25-26 feb ni utk konsert...

Salam MaulidurRasul 1432 H

agak lama tak update blog.....kalut ngan aktiviti sekolah dan pelbagai..... hari ni cuti umum....maulidurrasul... moga  Baginda rasul sentiasa menjadi idola kita sepanjang hayat...... terkenang nasyid Rasulullah.... sayu bila dengar nasyid tu....

en. hubby is away....tinggal lah kami 3 beranak...ari nih masak nasi ayam....dengan harapan anak-anakku makan banyak...aliah makan sikit..sakit gusi lagi kot..si abam...mkan memain...sebab dah makan jeli sebelum tuh...maka...mama lah beria makan.....


abam yun dan adik dok kat meja...

nasi ayam dan ayam madu for lunch......

selamat bercuti semua....enjoy your day.....