Pages

Showing posts with label muhasabah. Show all posts
Showing posts with label muhasabah. Show all posts

Saturday, November 26, 2011

Salam Maal Hijrah 1433 H

Sedar tak sedar, cepatnya masa berlalu.... memandangkan dah lepas asar, jangan lupa kita membaca Doa Akhir Tahun seperti di bawah.Ia dibaca 3 kali pada akhir waktu Asar atau sebelum waktu maghrib. ( berjaya memperoleh doa dengan tulisan yang terang dan jelas. kredit kepada tuan tanahnya).. sejak kecik lagi opah selalu ingatkan tentang amalan ini....

DOA AKHIR TAHUN


sumber: di sini

MAKSUDNYA:
Segala pujian bagi Allah Tuhan semesta alam. Selawat dan salam  kepada junjungan Rasul dan kepada keluarganya dan para sahabat sekalian. Ya Allah, apa yang telah kami lakukan sepanjang tahun ini dari apa yang Engkau larang kami daripadanya, maka tidak sempat kami bertaubat darinya dan Engkau tidak meredhainya dan tidak Engkau melupainya dan Engkau berlemah lembut kepada kami walaupun Engkau memberi peluang supaya kami bertaubat setelah kami melakukan maksiat kepada Engkau, maka sesungguhnya kami memohon keampunan Engkau, maka ampunilah kami. Apa yang kami lakukan padanya dari apa yang Engkau redhainya dan Engkau telah menjanjikan kami ganjaran pahala keatasnya, maka kami memohon akan Dikau wahai Tuhan Yang Maha Mulia yang mempunyai kebesaran dan kemuliaan semoga Engkau menerima kami dan janganlah Engkau memutuskan harapan kami dari kurnia Engkau wahai Tuhan Yang Mulia. Moga-moga Allah S.W.T mencucuri rahmat dan sejahtera kepada junjungan kami Nabi Muhammad, ahli keluarga dan sahabat-sahabat sekalian. Segala pujian bagi Allah, Tuhan sekalian alam.

selepas Maghrib pulak, kita perlu membaca Doa Awal Tahun, juga sebanyak 3 kali....

DOA AWAL TAHUN

Maksudnya:

Segala pujian bagi Allah Tuhan semesta alam. Selawat dan salam kepada junjungan Rasul dan kepada keluarganya dan para sahabat sekalian. Ya Allah, Engkaulah Yang Kekal, Qadim lagi azali dan di atas kelebihan Engkau Yang Besar dan kemurahan-Mu yang melimpah dan ini adalah tahun baru yang sesungguhnya telah mendatangi kami, kami memohon kepada Engkau pemeliharaan padanya daripada syaitan yang direjam, pembantu-pembantunya dan tentera-tenteranya dan kami memohon pertolongan dari nafsu yang banyak mendorong kepada kejahatan dan kami memohon kepada-Mu untuk melakukan sebarang pekerjaan yang boleh mendekatkan diri kami kepada-Mu. Ya Allah, Tuhan yang merubah segala keadaan, ubahlah keadaan kami kepada sebaik-baik keadaan dengan kekuasaan dan kurnian-Mu wahai Tuhan Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang. Moga-moga Allah S.W.T mencucuri rahmat dan sejahtera kepada junjungan kami Nabi Muhammad, ahli keluarga dan sahabat-sahabat sekalian. Segala puji bagi Allah, Tuhan sekalian alam. Semoga Allah menerima doa kita semua.
Nota:
* Doa dipetik dari: Surah Yasin, Tahlil dan Doa, Terbitan Abad Sinergi Sdn Bhd, Cetakkan Kedua Disember 2009

Salam Maal Hijrah buat semua....moga Allah mempermudahkan segala urusan kita pada hari-hari mendatang...Ameen....

Monday, December 6, 2010

Salam Awal Muharram 1432 H

hm...dah setahun berlalu..lepas maghrib nih dan injak ke tahun baru..1432 H.. 2 Muharam (sok lusa) Aliah Insyirah genap 1 tahun (ikut bulan Islam la)...tingat tahun lepas....waktu-waktu ini mama dok ada kat wad di PPUKM...nunggu masa nak bersalin aliah....dok baca doa akhir tahun dan awal tahun atas katil kat hospital... hm....lusa..dah setahun anak mama nih.....

                                               anak dara mama yang nak setahun sok lusa....
                                                     (19.12.2010 baru setahun masehi)




                                                 suka di kendong (babywearing) ngan mama.....


    suka gak nyibuk berfb bila mama dok online....
    (dok fb ngan abang yun...nengok gambo sendiri......)

moga tahun baru nih kita akan lebih baik dari segi amalan,tetapkan iman kita, sahsiah, family bonding,murah rezeki yang halal melimpah ruah, terang hati, tenang jiwa dan lapang dada,jadi anak soleh dan solehah, jadi guru sejati,ngaja anak murid dengan ikhlas dan sepenuh jiwa,jadi orang mukmin yang berjaya,jadi papa yang penyayang, jadi pegawai yang berhemah dan segala-galanya....moga kita seisi keluarga diberkati Allah..moga Allah juga permudahkan segala urusan kita...... dan semoga semua muslimin dan muslimat di dunia ini juga mendapat rahmat Allah walau di mana mereka berada...ameen.

Tuesday, October 26, 2010

U.J.U.N.G - u.j.u..n.g

agak lamaaaaaaaaaaaaaaa aku tak update blog.....x sempat + malas+sibuk ngan anak-anak... tapi sempatla menjengah blog kenkawan...... nak hujung tahun nih makin banyak lak cikgu-cikgu kena keluar kursus/mesy/taklimat/bengkel dan seumpamanya.....tak terkecuali aku.... pening gak la....... contohnya akau hari ni kena pergi PPD keramat....nganto data SMM.rasa-rasa dah ok data aku...pi sana ada lagik ralatnya....pening palo den....nak mencari ralat.....maka terduduk lah aku kat bilik mesy tuh....nyiapkan data yang tak siap-siap...mujur murid aku dalam seratus lebey ja...sekolah yang seribu lebih tuh...lagi la berpinau mata cikgunya.....sape kata jadi cikgu senang?zaman dolu ye....sekarang idak......kenkadang tugas ngaja tuh dah jatuh jadi yang ke berapa.....kajian tentang beban guru dah banyak kali buat...setiap kali tukau minister ader jer kajian..tapi masih begitu juga.....

mulai 2011,kurikulum berganti yang baru: kurikulum standard sekolah rendah(KSSR)..murid tahun 1 tahun depan jadi perintis..maka setiap guru subjek yg ngajo Tahun 1 tahun depan akan wajib ler kuar berkursus utk KSSR nih....aku dok tunggu surat ja...subjek maths ja lom tau lagik...subjek len da dapat surat.....termasuk la PJK...den kono poie gak.....tahun depan jugak la subjek Matematik dan Sains dalam Bahasa Melayu@ Malaysia.....buku-buku teks berlambak dalam bilik PK...berwarna-warni....kalau tak minat blajo lagi tak tau ler.....lom lagi hal LINUS....lusa  setengah hari kat PPDBP untuk LINUS.... murid aku masih ado 3 orang lagi tak lepas Saringan 3..camno nak buek?? den yang tak panadai ngaja ko..anak murid den yang lomah....huhuhu.....risaunye lah.....

asar dah masuk..jom solat..jap laei nak amik anak...moga Allah permudah segala urusan.....

Wednesday, July 28, 2010

Anak Tupa


abam yun suka sangat lagu dikir barat hok nih...penyanyi dia Halim Yazid.Ma Za dia suka pasang dikir barat...sebab tu dia lebih tau daripada mama dia....kadang-kadang bila dia dok wat perangai...aku akan nyanyi lagu nih version aku tapi lirik lebih kepada dia....dia akan sengeh-sengeh sebab tau mama dia dok kata kat dia....layan!

Anak tupa oleh Halim Yazid

Ada sekor anak tupa, atah jula mokte,



kudung ekor perok lapar, jale cari make,




Kejadian tuhan dipanggil nama tupa,



asalnyo dale hute, sejenis mamalia



Kejadian tuhan dipanggil nama tupa,



asalnyo dale hute, sejenis mamalia



kalu pasal jakit kot dahe, diolah yang paling panda,



jatuh jare-jare kerano dio tok soba,





pandai-pandai tupai melopat jatuh tanoh jugok,



nok wi gambar ko ore jahat, jange telajok manggok,



jange telajok manggok,




ore jame ghitu pakat hambat tupa,



bimbe ko buoh kayu, takut tok de besa,



ore jame ghitu pakat hambat tupa,



bimbe ko buoh kayu, takut tok de besa,



nyor, durie, duku, kalu de nyo kerik tupa,



pendek tahun tu nyor, durie tok leh nok jual





Ore sekapong tupa seko, berambak hari-hari,



nyo pakat likong, nyo pakat pekong, tupa tok leh lari





Sekak bedil ado, tupa habih mati,



hok ni la sayo raso kito sangat rugi,



kito manusia tinggi mano pun kita ngaji,



nok buat tupa seko, tentu sekali doh tok jadi





Lo ni kapong atau bandar, jare boleh tengok,



bapok tupa, ibu tupa jale bawok anok



jale bawok anok





raso kesian sunggoh tengok seko anok tupa,



kerano telajok kuruh sampai tok leh nok niti pagar,



bulu-bulu pun habih luruh, air mata bera-bera,



mari dale baroh, bekali kena racun tebaka

Sunday, July 4, 2010

Penguat semangat..

artikel nih aku baca masa dlm pantang kat ipoh..kebetulan ia amat relevan ngan keadaan aku masa tuh...ingat nak wat paper cutting..tp ntah mana2 wan simpan ...akhirnya aku pon lupa...skali tuh dok blog hopping,aku jumpa artikel nih...sekadar untuk sharing bersama....layaaaannnnn!


Minda: Keberkatan susu badan

2010/03/26

AMALAN penyusuan susu ibu sering dikaitkan dengan budaya tradisional oleh ibu yang mendakwa diri mereka lebih moden. Pelbagai tanggapan negatif dilemparkan mengenai amalan penyusuan itu dengan menyatakan kaedah itu menyebabkan susuk bentuk badan berubah dan akan kelihatan tidak menarik.

Malah, ada yang mempunyai persepsi memberi susu formula lebih mudah kerana terikut-ikut aliran trend moden yang ingin menjimatkan masa. Tidak kurang juga ada segelintir ibu yang kurang yakin pada diri sendiri untuk menyusukan anak mereka lantaran bimbang payu dara menjadi sakit, bengkak atau menjadi kendur.

Betulkah semua tanggapan sedemikian? Sebenarnya payu dara wanita adalah anugerah Allah yang amat istimewa kerana dapat membekalkan susu untuk anak-anak mereka. Kaedah penyusuan susu badan mengandungi hikmah cukup besar kepada ibu dan anak. Ketahuilah penyusuan itu bukan saja digalakkan dalam Islam malah hal itu diakui pakar pemakanan dan kesihatan yang menyatakan susu ibu adalah yang terbaik untuk bayi. Hakikatnya pada tahap awal pembesaran seseorang bayi, mereka sangat memerlukan khasiat pemakanan yang baik dan sesuai untuk menghindari sebarang penyakit. Susu ibu mempunyai antibodi yang utama untuk melindungi bayi daripada jangkitan kuman, virus dan bakteria terutama pada bahagian usus dan paru-paru bayi itu. Pemberian susu badan adalah yang terbaik kerana ia sesuai dengan sistem pencernaan bayi. Atas faktor itulah kita dapati bayi yang menyusu badan akan meminum susu lebih kerap berbanding bayi yang meminum susu formula. Hal ini disebabkan susu ibu itu mudah hadam. Ibu seharusnya menyedari seseorang bayi secara fitrahnya tidak dapat menerima makanan yang keras kerana keadaan sistem penghadaman mereka belum mencapai tahap matang.

Justeru, susu ibu lebih sesuai dan berkesan untuk bayi mereka kerana lebih halus dan lembut. Satu faktor yang ibu harus fahami ialah menyusukan bayi dengan susu sendiri dari segi psikologi akan memberi kesan positif pada pertumbuhan dan perkembangan mental.

Hal itu diakui oleh pakar Barat yang mengkaji kebaikan susu ibu. Sekumpulan penyelidik dari Adelaide’s Flinders Medical Centre, Amerika Syarikat melaporkan bayi yang diberi susu ibu 40 peratus lebih cerdas berbanding bayi susu formula. Ini membuktikan susu ibu dianugerahkan Tuhan untuk bayi sepatutnya diambil peluang sepenuh oleh ibu. Susu ibu sangat berkesan untuk perkembangan otak bayi kerana terdapatnya kandungan DHA, iaitu sejenis asid lemak yang mampu bertindak meninggikan tahap perkembangan mental bayi.

Dengan itu dapat difahami jika seseorang bayi menyusui dada ibu lebih kerap dan dalam tempoh yang lama, tentu akan memberi impak positif kepada pertumbuhan dan perkembangan mental. Keadaan ini bersesuaian dengan kehendak Islam yang sangat menggalakkan ibu menyusui bayi mereka.

Firman Allah dalam Surah Al-Baqarah ayat 223 yang bermaksud: “Ibu hendaklah menyusukan anak-anaknya selama dua tahun penuh, iaitu bayi yang ingin menyempurnakannya.” Maksud intipati ayat itu ialah satu kewajipan buat ibu menyusui bayi mereka dan seharusnya menyempurnakan hak bayi untuk menikmati dan mendapat kebaikan susu ibu.

Susu ibu juga pengikat kasih sayang antara ibu dan bayi. Dengan belaian mesra, pelukan erat dalam dakapan ibu akan mengalirkan unsur kasih sayang sejati yang tiada taranya antara ibu dan bayi. Bayangkan, dalam kenikmatan yang tidak ternilai yang dialami bayi semasa proses penyusuan membuatkan bayi itu terlena. Malah, bayi berasa aman, selamat dan harmoni dalam dakapan seorang ibu semasa meminum susu ibu mereka. Indahnya anugerah Allah. Ibu seharusnya bangga dapat menyusukan anak-anak mereka kerana inilah darjat ketinggian seorang ibu yang dianugerahkan Allah yang tidak dikurniakan kepada golongan bapa. Apa tidaknya, kerana susu yang diminum oleh bayi mereka bukan saja sebagai tali pengikat kasih sayang yang luhur murni malah menjadi komponen asas proses pembesaran bayi. Disebabkan itulah dalam Islam mewajibkan seorang anak itu sentiasa menghormati dan menjaga ibu mereka sebagai tanda kasih sayang dan terhutang budi membesarkan mereka.

Firman Allah dalam Surah Al-Isra’ ayat 17-23 yang bermaksud: “Dan Tuhanmu telah memerintahkan supaya kamu jangan menyembah selain Dia dan hendaklah kamu berbuat baik kepada ibu bapa dengan sebaik-baiknya. Jika salah seorang antara kedua-duanya sampai lanjut dalam pemeliharaanmu, maka jangan sekali-kali kamu mengatakan kepada kedua-duanya ‘ah’ dan janganlah kamu membantah, menengking dan menyergah mereka dan ucapkanlah perkataan yang mulia.” Alangkah murninya suruhan Allah kepada kita semua dan betapa mulianya darjat kedua-dua ibu bapa kita di sisi Allah. Namun demikian kita amat sedih membaca laporan Kementerian Kesihatan yang dikeluarkan pada 2008 menyatakan budaya penyusuan badan di kalangan ibu di Malaysia kini berada pada tahap sangat rendah, iaitu hanya 14.5 peratus daripada mereka yang mengamalkan kaedah itu kepada bayi sehingga berumur enam bulan. Masalah itu berpunca daripada kejahilan mengenai nilai susu badan, kurang sokongan anggota keluarga dan kaki tangan penjagaan kesihatan serta kembali bekerja sebaik saja tamat tempoh cuti bersalin yang diwajibkan. Menurut laporan itu lagi, faktor lain ialah kesan atau pengaruh iklan komersial makanan bayi yang menggambarkan seolah-olah ia sama manfaatnya dengan susu ibu. Sehubungan itu, kementerian sudah mengambil beberapa langkah untuk mengatasinya. Antaranya ialah merangka kod etika produk formula bayi yang berkuat kuasa pada Ogos tahun lalu bagi melindungi, mempromosi dan menyokong amalan penyusuan susu ibu. Ini adalah langkah tambahan daripada apa yang pernah dilaksanakan pada 1979 yang didapati kurang berkesan. Antara lain Kod Etika Produk Formula Bayi itu memberikan garis panduan yang jelas untuk mengawal promosi yang kompetitif dan mengelirukan golongan ibu. Tujuan utama kod berkenaan ialah untuk memastikan pekilang dan pengedar agar jangan memasar, mempromosi atau mengiklankan produk dalam cara seolah-olah mencabar atau menggambarkan mengatasi mutu dan kualiti terbaik susu ibu.

Sudah tentu langkah kementerian itu kena pada masanya dan sangat berkesan dalam mendidik wanita mengenai kelebihan susu ibu. Sedarilah ibu bahawa penyusuan susu ibu bukanlah sesuatu yang sukar dilakukan dan tidak langsung mendatangkan kesan sampingan kepada diri ibu dan bayi malah menjadi sumber pemakanan terbaik. Gunakanlah anugerah Allah itu sebaik mungkin kerana susu ibu sesuai sepanjang zaman. Binalah keberkatan membesarkan anak-anak dengan memberi susu sendiri. Menepati kehendak agama dan berkhasiat menurut kajian saintifik.

sumber

ayat 233:al-baqarah tuh, pensyarah aku penah sebut masa kuliah TITAS kat DSP,USM dulu. aku ingat lagi..biar pon masa aku student lagik..Prof. Fatimah rasanya..dia ader huraikan jugak...dia sebut, kenapa Allah suruh nyusu badan selama 2 tahun? sebabnya ia salah satu cara untuk family planning sebenarnya..menjarakkan anak..supaya bayi tadi dapat perhatian sepenuhnya daripada ibu bapanya...

Thursday, September 24, 2009

beraya lagi kita..yeay!

aku balik ke Sg Petani pada raya ketiga....hway agak penuh keta tapi masih bergerak la...dan seperti biasa,aku ngan lil hakeem tdo dgn jayanye.raya tahun nih agak kurang ceria bagi aku...sebabnya aku kne cirit-birit since malam raya pertama tuh...berlanjutan sampai raya keeempat...just imagine...dalam kebuyungan (is there such word?) aku ngan dok brulang alik toilet, amatlah memenatkan...memang lembik gila...ari ahad tuh ada dekat 10 kali masuk toilet...dan hari-hari seterusnya pon begitu...ari selasa bru g klinik dan zas.....kna sebijik ngan doktor...ari senin tu aku ingat da ok...malam tu pulak p umah mak teh dan balun makan....malam tu aku berulang balik la ke toilet....siang nya tu ok..sebab tak makan pape...

balik SP pon masih sama....pagi rabu semalam aku kol opah.mintak buat air penawar...dah tak larat sangat...minum air tuh plus makan ubat...alhamdulillah dengan izinNya...aku beransur pulih....siap wat solat hajat tuh....minta cepat sembuh...4 ari beb dok berulang ke toilet dgn kadar kekerapan yang tinggi.....since aku da 6 months, doktor tak leh bagi ubat sangat....bergantung pada bahan alami ja....tak beraya mana la aku..dok baring kat katil ja.....

alhamdulillah...arini rasa ok...tapi masih tak brani pulun makan...wpn mak masak sedap2..huhuhu aku tengok je la...malam tadi baru rasa lapar...pulun makan bubur nasi yang mak buat plusgulai ikan plus ikan masin...4 hari tak makan..amik ko!

ada hikmah latu...Allah nak bagi rhat..asyik dok makan ja..perut pon terkejut...lagipon aku dok pulun ngemas umah opah...(pape yang patut ja) sbm raya tuh...time raya nih memang dok rehat la aku...

arinih akan diteruskan lagi ziarah menziarahi...insya Allah.

Saturday, May 9, 2009

a day before...

a day before Mother's Day...aku kat off hubby wit lil hakeem.lama tak update blog..yeah syigim..u was right...i m quite busy lately...ngan LDP kat scul dan macam-macam lagik...nak on laptop pon malas bla balik umah...jadik tak update ler blog.... ni amek kesempatan update jap. tak sabo nak cuti...ader kenduri cuti nih.... to all mommies, Happy Mother's Day tommorrow. takut tak sempat nak blog...Moga Allah berkati segala usaha kita dalam menjadi seorang ibu,mama, ummi,mummy,mak and u name it. hati agak terusik bila membaca buku Aku Terima Nikahnya oleh Ustaz Hasrizal Abdul Jamil(kolumnis Anis)... dan majalah Anis Mei 2009.

"Ya Allah, ampunkanlah dosaku, ampunkan dosa ibu bapaku dan rahmatilah mereka dengan kasih sayang-Mu, sebagaimana mereka menyayangiku ketika diriku masih kecil".Ameen.

Sunday, December 28, 2008

salam 1430H

selepas bacaan doa akhir tahun dan awal tahun, bermulalah hari baru, tahun baru hjiri 1430. ironinya umurku juga meningkat masuk ke awal 30an. selamat tinggal alam 20an.....yang menaik pasti akan turun mengikut tarikan graviti tapi umur tidak.akan terus meningkat, meningkat dan meningkat.

syukur alhamdulillah...aku masih diberi kesempatan oleh Allah untuk menghadapi tahun baru...satu nikmat yang besar olehNya kepada hambaNya yg kerdil ini.tetiba jiwa rasa terkesan sls menonton Halaqah di TV9 td dgn panelis Dr. Sharifah Norhayati & Ust Roslan Che Rus besides ust Syukri.....lamanya tak hadir majlis ilmu...rindunya suasana itu zaman blaja dulu....hanya mereka yang alami zaman itu akan merasai suatu kekurangan bila masuk ke fasa yang lain dalam hidup. mudah2an dengan penghijarahan umur ini aku akan terus diberikan taufiq dan hidayah sekeluarga olehNya....berubah menjadi lebih baik ibadahnya, ilmunya, akhlaknya.....

banyak yang perlu diperbaiki dalam menuju destinasi yang pasti..sudah bersediakah aku?

Ya Allah, hanya Engkau Yang Maha Mengetahui isi hati hamba2mu....berikanlah kami taufiq dan hidayah dalam meneruskan kehidupan kami ini.janganlah Engkau membebani kami dengan beban yang tak sanggup kami hadapi melainkan sesuai dengan kesanggupan kami.Ameen.

Sesungguhnya Allah tidak mengubah nasib sesuatu kaum itu melainkan mereka mengubahnya sendiri.----Surah Ar Rad:11

Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupannya.---Al Baqarah:286 (antara ayat fav aku)

mudah2an semuanya berjalan lancar menjadi lebih baik dari 1429H.

Kita merancang, Allah merancang tetapi perancangan Allah jua yang terbaik----Quran (antara ayat awal yang dibacakan seorang sahabat masa perjumpaan pertama MPDG '98)