Pages

Showing posts with label breastfeeding. Show all posts
Showing posts with label breastfeeding. Show all posts

Thursday, November 4, 2010

Penyusuan Susu Ibu Menurut Islam....

dalam nak menyiapkan beban tugas guru nih...aku sempat blog hopping..(again..).terjumpa artikel yang menarik...walaupun pernah ada entry tentang ini..tapi saya suka...nak kongsi lagi......

sumber : di sini

Apabila seorang bayi dilahirkan ke dunia ini, dia memerlukan ibunya. Bayi itu perlu diberi makanan yang diserap melalui darah ibunya semasa di dalam kandungan. Makanan ini telah ditukar dengan kehendak dan kuasa Allah kepada susu yang mengandungi semua kandungan penting dan perlu untuk tumbesaran bayi itu. Al-Quran ada menyebut tentang penyusuan ibu dan perhubungan antara bayi dan ibu susunya iaitu apabila ibunya tidak dapat menyusu dengan sebab-sebab tertentu maka ibu susu diupah untuk menyusuinya. "Dan ibu-ibu hendaklah menyusukan anak-anak mereka selama dua tahun genap, iaitu bagi orang yang hendak menyempurnakan penyusuan itu". Dari ayat di atas (Al-Baqarah:233)kita dapat pendirian berikut:

PERTAMA
Adalah kewajipan ibu untuk menyusui bayinya dan meyempurnakan haknya untuk menikmati dan mendapat kebaikan susu ibu, jika dia mampu.

KEDUA
Tempoh penyusuan susu ibu bagi mereka yang ingin memenuhinya ialah dua tahun. "Dan kewajipan bapa pula ialah memberi makan dan pakaian kepada ibu itu menurut cara yang sepatutnya. Tidaklah diberatkan seseorang melainkan menurut kemampuannya. Janganlah menjadikan seseorang itu menderita kerana anaknya, dan (jangan juga menjadikan) seseorang bapa itu menderita kerana anaknya: dan waris juga menanggung kewajipan yang tersebut (jika si bapa tiada). Kemudian jika kedua-duanya (suami isteri) mahu menghentikan penyusuan itu dengan persetujuan (yang dapat dicapai oleh) mereka sesudah berunding, maka mereka berdua tidaklah salah (melakukannya). Dan jika kamu hendak beri anak-anak kamu menyusu kepada orang lain, maka tidak ada salahnya bagi kamu apabila kamu serahkan (upah) yang kamu mahu beri itu dengan cara yang patut." (Al-Baqarah:233)

KETIGA
Bapa sepatutnya membantu ibu yang sedang menyusu dengan menyediakan keadaan yang ibu itu perlukan untuk menyusu. Ini menunjukkan yang Islam menganggap penyusuan susu ibu itu sebagai kewajipan utama yang ibu patut laksanakan. Di sini, ibu tidak patut dibebani dengan kerja yang lain. Adalah jelas di sini bahawa al-Quran sudah menjelaskan hak ibu yang sedang menyusu.

KEEMPAT
Jika bapa tiada atau sudah meninggal dunia, salah seorang ahli keluarga harus mengambil alih tanggunggjawab terhadap bayi dan ibu untuknya terus menyusu.

KELIMA
Menceraikan susu adalah dibenarkan sebelum tamat tempoh dua tahun dengan syarat. Keputusan ini dibuat setelah mendapat persetujuan kedu-dua ibu dan bapa, setelah mereka membincangkan kebaikan dan keburukan keputusan yang dibuat serta cara untuk memberi penjagaan yang rapi kepada anak.

KEENAM
Ibu yang tidak mampu dan tidak boleh menyusui bayinya adalah digalakkan mengupah orang lain untuk menyusui bayinya. Islam memerintahkan bapa untuk memberi upah kepada ibu yang meyusukan anaknya. Dengan cara ini, Islam memastikan anak itu mendapat segala keperluannya dalam tempoh penyusuan itu. Allah telah memenuhi segala keperluan bayi dan susu yang dihisap olehnya tiga hari pertama dalam kehidupan bayi.
Buah dada ibunya akan menghasilkan sejenis cecair berwarna kekuningan iaitu kolestrom yang terdapat dalam kuantiti yang kecil. Cecair ini sudah cukup untuk memenuhi segala keperluan makanan bayi dalam hari-hari pertama kehidupannya. Tambahan pula ia membantu bayi untuk mula menerima dan mencernakan makanan yang dihisapnya. Dalam masa 24 jam buah dada ibu menghasilkan susu yang diperlukan untuk makanan bayi sehinggalah dia mencerai susu.
Ibu yang enggan menyusui bayinya tanpa sebab yang munasabah telah mengabaikan satu tanggungjawab hakiki terhadap bayinya yang telah diamanahkan oleh Allah. Penyusuan susu ibu menjanakan perasaan keibuan dan memperkayakan sifat kasih sayang. Selain dari apa yang diperkatakan tadi, penyusuan susu ibu menggerakkan sistem penghadaman ibu untuk menghasilkan makanan untuk bayi, dengan itu juga mempertingkatkan kesihatan ibu tersebut. Penyusuan susu ibu juga boleh menolong mengembalikan ibu kepada keadaan asal (sebelum bersalin) dengan cepat dan mengurangkan risiko barah buah dada dan ovari.


Artikel yang sungguh menarik. Please take note this one.....


Ibu yang enggan menyusui bayinya tanpa sebab yang munasabah telah mengabaikan satu tanggungjawab hakiki terhadap bayinya yang telah diamanahkan oleh Allah

Allah dah sebut dalam kitabnya...nape masih ade yang yang mempersoalkan tentang susu ibu....Islam itu lengkap...bukan terhad pada ibadah yang wajib sahaja....moga segala yang kita lakukan mendapat keredhaan-Nya....moga aku diberi kekuatan untuk menyusukan Aliah sampai 2 tahun.....














Saturday, July 24, 2010

breastpump....

buat masa nih aku ader 3 breastpump (bp).1 manual - Avent, 2 lagi jenis elektrik: Ameda Lactaline Dual bp dan Medela Freestyle bp. Yang manual tuh aku beli masa ngandung si Hakeem..pakai sekejap jer..ilmu bf masih kurang....

Yang Ameda pulak masa aku dalam confinement si Aliah..minta tolong my sista tolong belikan online sebab aku masih x pandai membeli secara online....masa tuh tengah semangat untuk bf baby...aku beli dalam bulan disember 2009..di FabulousMom...masa tu ader promosi dan itu yang aku mampu..gaji sepanjang cuti bersalin itulah aku guna untuk membayarnya..nak beli brand medela masatuh x mampu...maka..mengusunglah aku dengan backpacknya ke scul setiap ari....bilik JQaf menjadi nursing room aku untuk pump susu. Kenkadang di surau....senang untuk access elektric point kat situ...



Somehow.....dalam bulan April tahun ni..aku ngan hubby g Mid valley (mv) sempena xpo mum n baby... ader booth yg jual bp medela...aku rasa pengedar dia kat mesia nih... medela freestyle..dijual dalam rm18++. aku dok tawaf la kat situ...berbelah bagi..which aku tau kalau harga biasa dia memang mahai...masa tuh aku x tau ader blog yang jual dalam rm 16++..al maklumla..x terror blogging sangat..lepas beberapa panggilan dibuat kepada kawan n my sista yang memang menggunakan brang medela nih...aku terus grab... mr hubby agak bising..dengan alasan 'kat umah kan dah ada..'aku terus bagi justifikasi aku....dia terima...gunalah kad kredit....

maka..aku sekarang menggunakanlah Medela Freestyle...agak senang dan mudah...terutama masa kat scul...especially dengan keadaan scul aku seperti dalam entry lepas....

jadinya...aku nak kena let go la bp Ameda tuh..dalam rm 550. pakai dalam 4 bulan ja...masih dalam keadaan baik....sayang kalu dok terbiar ja...ader sesapa yang berminat...boleh la pm aku kat syuhadanoor79@gmail.com.

Sunday, July 4, 2010

Penguat semangat..

artikel nih aku baca masa dlm pantang kat ipoh..kebetulan ia amat relevan ngan keadaan aku masa tuh...ingat nak wat paper cutting..tp ntah mana2 wan simpan ...akhirnya aku pon lupa...skali tuh dok blog hopping,aku jumpa artikel nih...sekadar untuk sharing bersama....layaaaannnnn!


Minda: Keberkatan susu badan

2010/03/26

AMALAN penyusuan susu ibu sering dikaitkan dengan budaya tradisional oleh ibu yang mendakwa diri mereka lebih moden. Pelbagai tanggapan negatif dilemparkan mengenai amalan penyusuan itu dengan menyatakan kaedah itu menyebabkan susuk bentuk badan berubah dan akan kelihatan tidak menarik.

Malah, ada yang mempunyai persepsi memberi susu formula lebih mudah kerana terikut-ikut aliran trend moden yang ingin menjimatkan masa. Tidak kurang juga ada segelintir ibu yang kurang yakin pada diri sendiri untuk menyusukan anak mereka lantaran bimbang payu dara menjadi sakit, bengkak atau menjadi kendur.

Betulkah semua tanggapan sedemikian? Sebenarnya payu dara wanita adalah anugerah Allah yang amat istimewa kerana dapat membekalkan susu untuk anak-anak mereka. Kaedah penyusuan susu badan mengandungi hikmah cukup besar kepada ibu dan anak. Ketahuilah penyusuan itu bukan saja digalakkan dalam Islam malah hal itu diakui pakar pemakanan dan kesihatan yang menyatakan susu ibu adalah yang terbaik untuk bayi. Hakikatnya pada tahap awal pembesaran seseorang bayi, mereka sangat memerlukan khasiat pemakanan yang baik dan sesuai untuk menghindari sebarang penyakit. Susu ibu mempunyai antibodi yang utama untuk melindungi bayi daripada jangkitan kuman, virus dan bakteria terutama pada bahagian usus dan paru-paru bayi itu. Pemberian susu badan adalah yang terbaik kerana ia sesuai dengan sistem pencernaan bayi. Atas faktor itulah kita dapati bayi yang menyusu badan akan meminum susu lebih kerap berbanding bayi yang meminum susu formula. Hal ini disebabkan susu ibu itu mudah hadam. Ibu seharusnya menyedari seseorang bayi secara fitrahnya tidak dapat menerima makanan yang keras kerana keadaan sistem penghadaman mereka belum mencapai tahap matang.

Justeru, susu ibu lebih sesuai dan berkesan untuk bayi mereka kerana lebih halus dan lembut. Satu faktor yang ibu harus fahami ialah menyusukan bayi dengan susu sendiri dari segi psikologi akan memberi kesan positif pada pertumbuhan dan perkembangan mental.

Hal itu diakui oleh pakar Barat yang mengkaji kebaikan susu ibu. Sekumpulan penyelidik dari Adelaide’s Flinders Medical Centre, Amerika Syarikat melaporkan bayi yang diberi susu ibu 40 peratus lebih cerdas berbanding bayi susu formula. Ini membuktikan susu ibu dianugerahkan Tuhan untuk bayi sepatutnya diambil peluang sepenuh oleh ibu. Susu ibu sangat berkesan untuk perkembangan otak bayi kerana terdapatnya kandungan DHA, iaitu sejenis asid lemak yang mampu bertindak meninggikan tahap perkembangan mental bayi.

Dengan itu dapat difahami jika seseorang bayi menyusui dada ibu lebih kerap dan dalam tempoh yang lama, tentu akan memberi impak positif kepada pertumbuhan dan perkembangan mental. Keadaan ini bersesuaian dengan kehendak Islam yang sangat menggalakkan ibu menyusui bayi mereka.

Firman Allah dalam Surah Al-Baqarah ayat 223 yang bermaksud: “Ibu hendaklah menyusukan anak-anaknya selama dua tahun penuh, iaitu bayi yang ingin menyempurnakannya.” Maksud intipati ayat itu ialah satu kewajipan buat ibu menyusui bayi mereka dan seharusnya menyempurnakan hak bayi untuk menikmati dan mendapat kebaikan susu ibu.

Susu ibu juga pengikat kasih sayang antara ibu dan bayi. Dengan belaian mesra, pelukan erat dalam dakapan ibu akan mengalirkan unsur kasih sayang sejati yang tiada taranya antara ibu dan bayi. Bayangkan, dalam kenikmatan yang tidak ternilai yang dialami bayi semasa proses penyusuan membuatkan bayi itu terlena. Malah, bayi berasa aman, selamat dan harmoni dalam dakapan seorang ibu semasa meminum susu ibu mereka. Indahnya anugerah Allah. Ibu seharusnya bangga dapat menyusukan anak-anak mereka kerana inilah darjat ketinggian seorang ibu yang dianugerahkan Allah yang tidak dikurniakan kepada golongan bapa. Apa tidaknya, kerana susu yang diminum oleh bayi mereka bukan saja sebagai tali pengikat kasih sayang yang luhur murni malah menjadi komponen asas proses pembesaran bayi. Disebabkan itulah dalam Islam mewajibkan seorang anak itu sentiasa menghormati dan menjaga ibu mereka sebagai tanda kasih sayang dan terhutang budi membesarkan mereka.

Firman Allah dalam Surah Al-Isra’ ayat 17-23 yang bermaksud: “Dan Tuhanmu telah memerintahkan supaya kamu jangan menyembah selain Dia dan hendaklah kamu berbuat baik kepada ibu bapa dengan sebaik-baiknya. Jika salah seorang antara kedua-duanya sampai lanjut dalam pemeliharaanmu, maka jangan sekali-kali kamu mengatakan kepada kedua-duanya ‘ah’ dan janganlah kamu membantah, menengking dan menyergah mereka dan ucapkanlah perkataan yang mulia.” Alangkah murninya suruhan Allah kepada kita semua dan betapa mulianya darjat kedua-dua ibu bapa kita di sisi Allah. Namun demikian kita amat sedih membaca laporan Kementerian Kesihatan yang dikeluarkan pada 2008 menyatakan budaya penyusuan badan di kalangan ibu di Malaysia kini berada pada tahap sangat rendah, iaitu hanya 14.5 peratus daripada mereka yang mengamalkan kaedah itu kepada bayi sehingga berumur enam bulan. Masalah itu berpunca daripada kejahilan mengenai nilai susu badan, kurang sokongan anggota keluarga dan kaki tangan penjagaan kesihatan serta kembali bekerja sebaik saja tamat tempoh cuti bersalin yang diwajibkan. Menurut laporan itu lagi, faktor lain ialah kesan atau pengaruh iklan komersial makanan bayi yang menggambarkan seolah-olah ia sama manfaatnya dengan susu ibu. Sehubungan itu, kementerian sudah mengambil beberapa langkah untuk mengatasinya. Antaranya ialah merangka kod etika produk formula bayi yang berkuat kuasa pada Ogos tahun lalu bagi melindungi, mempromosi dan menyokong amalan penyusuan susu ibu. Ini adalah langkah tambahan daripada apa yang pernah dilaksanakan pada 1979 yang didapati kurang berkesan. Antara lain Kod Etika Produk Formula Bayi itu memberikan garis panduan yang jelas untuk mengawal promosi yang kompetitif dan mengelirukan golongan ibu. Tujuan utama kod berkenaan ialah untuk memastikan pekilang dan pengedar agar jangan memasar, mempromosi atau mengiklankan produk dalam cara seolah-olah mencabar atau menggambarkan mengatasi mutu dan kualiti terbaik susu ibu.

Sudah tentu langkah kementerian itu kena pada masanya dan sangat berkesan dalam mendidik wanita mengenai kelebihan susu ibu. Sedarilah ibu bahawa penyusuan susu ibu bukanlah sesuatu yang sukar dilakukan dan tidak langsung mendatangkan kesan sampingan kepada diri ibu dan bayi malah menjadi sumber pemakanan terbaik. Gunakanlah anugerah Allah itu sebaik mungkin kerana susu ibu sesuai sepanjang zaman. Binalah keberkatan membesarkan anak-anak dengan memberi susu sendiri. Menepati kehendak agama dan berkhasiat menurut kajian saintifik.

sumber

ayat 233:al-baqarah tuh, pensyarah aku penah sebut masa kuliah TITAS kat DSP,USM dulu. aku ingat lagi..biar pon masa aku student lagik..Prof. Fatimah rasanya..dia ader huraikan jugak...dia sebut, kenapa Allah suruh nyusu badan selama 2 tahun? sebabnya ia salah satu cara untuk family planning sebenarnya..menjarakkan anak..supaya bayi tadi dapat perhatian sepenuhnya daripada ibu bapanya...

Friday, June 18, 2010

breastfeeding story..

aliah masih bf..walaupun tak sec eksklusif...kat umah pengasuh da campur...aritu stok mcm kurang...akibat kekurangan ilmu aku...la nih stok da banyak balik..hopefully sentiasa banyak sampai aliah 2 tawun..tapi kat umah mmg bagi bf jer....
masa abam dulu tak bagi sangat...due to kekangan macam2....aliah nih alhamdulillah....banyak kelebihannya...dia pon kurang meragam and jarang sakit..... Allah dah sebut dalam al quran...ustaz2 pon bnyak dah cerita...even dalam hadis pon ader...yakinlah....
kena wat banyak rujukan....my sis pon bf kedua2 anak dia....my friend pon sama...she is one of my mentor...yang pasti hati kena kuat..doa pon sama....supplemen pon kna amik jugak....
during my confinement, mintak tolong my sis surf for breast pump (bp)..masa 2 yg ader promo is Ameda brand at fabulousmom.terus ja beli online.....malas nak pk...masa abam dulu ader gak beli tapi manual, Avent.berguna jugak...nak beli Medela macam x mampu....
as time flies...ade pulak expo mum n bby kat mid valley, ajak hubby p..selama kawen tak penah sampai mv..bla sampai..pusing2...ade booth jual medela freestyle rm 1888.ati belah bagi.....terus grab without pk pjg n sls tny my sis and si neeza...
alhamdulillah.....mmg BNYK advantages nya... aku penah pam dalam keta,ms drive,dalam bas,dalam bilik guru...kat sek pon masalah...tu yg lagik...dulu ade bilik j-qaf...aku mmg gna bilik nih nak pam susu...takdirnya bumbung kelas rosak n bilik nih digunakan..maka aku pon terpaksa pam kat bilik guru aka kat meja sendiri...mula segan gak kat cikgu2 laki..tp diaorg faham kot..evrytime aku nak pam, i ll be wearing the nursing cover...jadiknya depa tau la akau tgh pam susu...kat bilik guru pon ader fridge yang mama sedekah kat sek dulu ms beli fridge yg baru...berguna jugak la...aku yg insist suh anta fridge lama tu kat sek..boleh gak cikgu2 guna...termasuk aku..kira2 umur fridge tuh sama baya dgn aku..
doaku agar diberi kekuatan dan sokongan untuk terus bf aliah..hubby menyokong.....opah ngan wan pon sokong....ameen...abam yun pon tau..bla aliah nangis, he will say 'mama...adik lapa susu...nak susu mama'..hm...alahai anak mama
sambung lain entry...